Wednesday, February 25, 2015
latihan adab berkawan
berikan 2 adab adab berkawan?
- ________________________________
- ________________________________
adab adab berkawan
- Sentiasa memberi salam dan mendoakan kebaikan ketika bertemu dan berpisah
- Menghindari perbuatan atau percakapan yang menyakiti hati kawan
- Saling nasihat menasihati ke arah kebaikan
- Jujur dan Ikhlas dalam persahabatan
- Sentiasa bersangka baik dengan kawan
latihan
nyatakan 5 adab-adab ibu bapa
- _____________________________________
- _____________________________________
- _____________________________________
- _____________________________________
- _____________________________________
Sunday, February 22, 2015
Saturday, February 21, 2015
adab adab ibu bapa
| ||
Saturday, February 14, 2015
kisah seorang ayah
Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, “Pakcik, laptop…” – dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, “Nak beli untuk anak ke?”, “Ya, nak beli untuk anak – dia nak sambung belajar – laptop yang mana yang ok?”.
Aku mempromosi barang seperti biasa – aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. “Kalau nak yang bagus mahal pakcik – tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung – seribu seratus lebih je…”. Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir.
Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut “Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni…” – pergi dengan suatu perasaan yang lain.Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan – aku duduk di kaunter menunggu pelanggan – dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya – perempuan. “Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?”, “Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru – harga sama je”, aku menyambut soalan nya.
Dia bertanya kepada anaknya, “Yang nie ok ke dik?” – “Ermmm, ok ke nie murah je – karang rosak karang susah…” jawabnya dengan muka yang kurang puas hati – anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. “Yang acer nie x boleh ke ayah?”, ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, “Yang acer nie berapa boleh murah lagi?” – “Yang tu tak dapat dah pakcik,… Dah harga kos dah tu…” aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, “Dik, nak laptop untuk belajar kan… Rasanya kalau untuk belajar – yang nie lebih dari cukup – rosak tak payah pikir sangat – warenti setahun.”.
Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.”Oklah, yang ini.” jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja ‘display’ – aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar – aku nampak dompetnya kosong – habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula – dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira – wang aku masukkan dalam cash drawer, “Cukup duit tadi dik?” – “Cukup, Terima Kasih ya…”.
Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan – RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya – penuh harapan.Aku geram kepada anaknya – seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana – hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu ‘mengais’ untuk hari esoknya.
Wednesday, January 21, 2015
Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: pemberianpengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi.
Pendidikan berawal sejak dalam kandungan sehingga mati. Pendidikan sangat penting di masa yang akan datang dan membantu dalam mencari pekerjaan.
Pendidikan mungkin bermula sebelum lahir seperti diharap oleh sesetengah penjaga yang memainkan muzik dan membaca kepada bayi dalam kandungan dengan harapan ia akan berkesan (mengajar) bayi mereka sebelum kelahiran.
Sesetengah yang lain, pergelutan dan kejayaan kehidupan seharian adalah lebih bererti daripada persekolahan rasmi. Seperti kata Mark Twain: "Saya tidak pernah mengizinkan persekolahan menjejaskan pendidikan saya. "
Ahli keluarga mempunyai kesan pembelajaran yang amat mendalam -- sering kali lebih mendalam dari yang disedari mereka -- walaupun pengajaran ahli keluarga berlaku secara tidak rasmi.
Kini, komputer banyak memainkan peranan yang penting dalam pendidikan, sama ada sebagai alat bantu mengajar (Internet dan CD-ROM) atau pun melalui pendidikan atas talian (pendidikan jarak jauh).
MuLa DAn AkHirr HaNya UNtuKMu
MULA DAN AKHIR
Pada suatu sudut
Si anak bertanya
'Ibu,,ibu"..
Kenapa ibu lahirkanku
Si ibu hanya memandang dengan pandangan redup. sementalahan bebrapa minit kembali mengalih pandangan
Mulut nya berbisik 'kerana ibu benci mereka'
Si anak tanpa bicara,
"Ibu ..ibu'
Tak penat kah ibu asyik memberiku makan
Si Ibu membidas
Itu kerana ibu mahu kamu membalasnya suatu hari nanti
Si anak bertanya
"Ibu..ibu'
Adakah ibu benar sayang padaku
Si Ibu langkas memarahinya
Ibu takkan pernah sayang padamu selamanya
Si ibu menengkingnya lalu mula beralih kearah kamar
Si anak mengukir senyuman lebar
mengorak langkah mengekori ibunya
menyusun jari untuk di kucupi
memberi sentuhan terakhir untuk dirindui
Terpancar air mata suci seorang wanita
Jatuh membasahi janggut anaknya
Si ibu berkata
"tidak aq lahirkanmu melainkan jihad melawah musuh Allah"
"tidakku memberi makan melainkan agar kau dapat membawaku kesyurga bersamamu
"Aku tidak akan sayang padamu melebihi agama Allah dan pesuruhnya
Pergilah lekas agar aq menjadi tidak rela akan mu
Kisah yang memaparkan ihklas nya hasrat seorang ibu bermula dari anaknya dilahirkan .begitu jugalah kita sebagai hamba yang hina...Nasihat untuk diri saya juga dalam menempatkan agama Allah sebagai tangga tertinggi dalam kehidupan
Pada suatu sudut
Si anak bertanya
'Ibu,,ibu"..
Kenapa ibu lahirkanku
Si ibu hanya memandang dengan pandangan redup. sementalahan bebrapa minit kembali mengalih pandangan
Mulut nya berbisik 'kerana ibu benci mereka'
Si anak tanpa bicara,
"Ibu ..ibu'
Tak penat kah ibu asyik memberiku makan
Si Ibu membidas
Itu kerana ibu mahu kamu membalasnya suatu hari nanti
Si anak bertanya
"Ibu..ibu'
Adakah ibu benar sayang padaku
Si Ibu langkas memarahinya
Ibu takkan pernah sayang padamu selamanya
Si ibu menengkingnya lalu mula beralih kearah kamar
Si anak mengukir senyuman lebar
mengorak langkah mengekori ibunya
menyusun jari untuk di kucupi
memberi sentuhan terakhir untuk dirindui
Terpancar air mata suci seorang wanita
Jatuh membasahi janggut anaknya
Si ibu berkata
"tidak aq lahirkanmu melainkan jihad melawah musuh Allah"
"tidakku memberi makan melainkan agar kau dapat membawaku kesyurga bersamamu
"Aku tidak akan sayang padamu melebihi agama Allah dan pesuruhnya
Pergilah lekas agar aq menjadi tidak rela akan mu
Kisah yang memaparkan ihklas nya hasrat seorang ibu bermula dari anaknya dilahirkan .begitu jugalah kita sebagai hamba yang hina...Nasihat untuk diri saya juga dalam menempatkan agama Allah sebagai tangga tertinggi dalam kehidupan
Subscribe to:
Posts (Atom)




